Monday 12 December 2011

Postur badan semasa meniup rekoder dengan betul

Postur badan semasa meniup rekoder adalah sangat penting kerana kedudukan badan memainkan peranan didalam pengeluaran nafas yang lancar bagi meniup rekoder. Kedudukan postur badan yang tidak betul akan mengakibatkan tiupan rekoder tidak lancar dan tersekat kerana kebanyakan not dimainkan secara "SLUR" mengikut ciptaan skor lagu.

keluarga rekoder






1. SOPRANINO - rekoder yang mempunyai saiz yang paling kecil.
2. SOPRANO - ini rekoder yang biasa digunakan dalam silibus pengajaran.
3. ALTO - saiz ke-3 terbesar dalam keluarga rekoder.
4. TENOR - rekoder ke-2 terbesar yang juga merupakan ibu
kepada rekoder lain.
5. BES - rekoder bes adalah rekoder yang terbesar dalam keluarga rekoder. ( rupabentuk seakan seksefon )

Contoh Pertandingan Ensembel Rekoder

Cara bermain rekoder yang betul


Rekoder

Rekoder ialah sejenis alat tiupan yang diajar kepada murid Tahun 4, 5 & 6 bagi sekolah-sekolah rendah aliran kerajaan di Malaysia. Ianya merupakan alatan muzik yang wajib dipelajari dan terkandung di dalam silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembelajaran rekoder asas melibatkan 5 not utama iaitu not B, A, G, C' & D'. Murid - murid diwajibkan menggunakan rekoder dari kumpulanSoprano pembelajaran rekoder dari peringkat awal. Pengetahuan teori muzik sangat berkait rapat dengan kebolehan murid membaca skor lagu rekoder yang ingin dimainkan. Pendedahan teori diberikan pada peringkat awal kepada murid sebelum aktiviti amali dijalankan.